PBC Kota Kinabalu di HPA Putatan Sabah

PBC Kota Kinabalu di HPA Putatan Sabah pada 28 – 29hb Ogos 2010 anjuran Kelab Komuniti Sabah dgn kerjasam Kelab Usahawan Alfateh Sabah 17hb Ramahdan telah mendapat sambutan hangat. Turut mengisi slot PJS Cg Zainal Abidin Mohd Ali, PJS Anuar, PJS Azizah..






KONSEP HALAL & HARAM

HALAL
Halal bermaksud 'dibenarkan' atau 'tidak dilarang' pengambilannya dalam Islam. Menurut Al-Quran semua makanan yang baik dan bersih adalah halal. Sehubungan dengan itu, hampir semua makanan dari laut, tumbuhan dan binatang dianggap halal kecuali mana-mana yang telah diharamkan pengambilannya.

HARAM
Haram bermaksud 'tidak dibenarkan' atau 'dilarang' pengambilannya dalam Islam. Antaranya makanan yang diharamkan seperti yang disebutkan dalam Al-Qur'an :
• Bangkai,
• Darah,
• Babi,
• Minuman yang memabukkan termasuk minuman beralkohol
• Binatang pemaging, burung pemangsa dan binatang di darat tanpa bertelinga diluar
• Sebarang produk yang dicemari sumber yang haram

MASBUH
Masbuh bermaksud 'disyaki', 'menimbulkan keraguan' atau 'boleh dipersoalkan'. Jika sumber sesuatu makanan tertentu diragui asal-usulnya atau terdapat ketidakpastian mengenai kebenaran atau larangannya menurut Islam, maka produk itu dianggap masbuh.

MAKRUH
Makruh bermaksud 'dibenci' dan 'tidak digalakkan'. Produk yang menjejaskan jiwa atau yang memudaratkan terletak di bawah kategori ini.

MUBAH
Mubah atau harus bermaksud ‘tidak dilarang mahupun digalakkan’. Walaubagaimanapun berhati-hati, kerana beberapa keadaan boleh mengubah kedudukan mubah menjadi haram sekiranya ternyata ia memudaratkan kesihatan.

KONSEP HALALAN THOIYYIBAN
Halalan Thoyyiban bermaksud ‘halal lagi baik’. Ini bererti makanan halal itu mestilah baik untuk dimakan, tidak memudaratkan serta diperolehi daripada sumber yang asli. Makanan yang suci dan bersih membantu menyihatkan tubuh badan seterusnya membolehkan seorang Muslim meningkatkan ibadahnya dan melaksanakannya dengan lebih sempurna
Perkataan Halalan Thoyyiban disebut beberapa kali dalam Al-Qur'an :

Maka makanlah dari apa yang kamu telah dapat (dalam peperangan) itu, sebagai benda yang halal lagi baik, serta bertaqwalah kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[ Al-Anfaal : 69 ]

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.
[ Al Maaidah : 88 ]

Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.
[ Al-Nahl : 114 ]

HERBALISME

Edisi Pertama – Salam Perkenalan Herba.

HERBALISME


Pengenalan

Rawatan mengunakan herba merupakan sejenis perubatan tertua yang dikenali manusia. Ia adalah keperluan asas beberapa peradaban zaman silam dan masih digunakan secara meluas sampai hari ini (menurut WHO). Herbalisme ialah sejenis modaliti atau bidang penjagaan kesihatan yang melibatkan penggunaan herba disertai gaya hidup holistik.


Pada asalnya, istilah “herba” hanya digunapakai untuk tumbuh-tumbuhan tidak berkayu. Hari ni, herba merujuk kepada mana-mana bahagian tumbuh-tumbuhan digunakan sebagai perisa atau ubat. Istilah “herba” boleh juga bermaksud sebagai rempah untuk makanan, tetapi, secara umum ia merujuk kepada mana-mana tumbuh-tumbuhan, atau mana-mana bahagian tumbuh-tumbuhan yang mempunyai zat (gizi) dan/atau nilai perubatan.


Beberapa jenis sistem perubatan herba digunakan pada hari ini; Eropah, Amerika, China, Ayurveda, dan Herbalisme Barat, kesemuanya sangat menyerlah. Kepulauan Melayu atau nusantara juga tidak kurang hebat dengan penggunaan herba dalam pelbagai aspek kehidupan. Sesetengah budaya dipengaruhi oleh budaya lain dalam mengklasifikasi herba dan kegunaan untuk fisiologi contohnya herbalisme Thailand dipengaruhi sedikit sebanyak oleh elemen-elemen Ayurveda.

Setiap budaya mengklasifikasi herba-herba dengan cara yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi. Di sebalik perbezaan dari segi penggunaan terminologi (istilah) dan tumbuhan herba yang digunakan, terdapat sejenis aspek umum yang menyatukan sistem-sistem perubatan tersebut: kesemua sistem tersebut merawat tubuh secara keseluruhan (wholeness atau holistik) di mana setiap sistem menggunakan tenaga herba-herba “seperti yang dikehendaki” bertindak secara sinergi dengan tenaga semulajadi yang ada pada setiap individu.

Perbezaan kesan Penggunaan Herba dan Ubatan Moden


Hari ni, hampir 25% ubatan moden terperiskripsi berasal dari tumbuh-tumbuhan. Contohnya, ekstrak digitalis dari daun tumbuhan foxglove, morphine dan codeine berasal dari tumbuhan poppy, qunine dari kulit pokok chinchona dan pelbagai contoh lain.

Perbezaan ketara antara herbalisme dan perubatan moden ialah perubatan moden menggunakan hanya sejenis bahan kimia aktif yang disintesiza di kilang tetapi dalam herbalisme pula, keseluruhan tumbuhan atau bahagian-bahagian tertentu tumbuhan digunakan sebagai bahan pemuliharaan atau perawatan.

Terdapat beratus-ratus malahan beribu jenis sebatian kimia dalam sesuatu jenis herba. Setiap sebatian kimia memiliki pelbagai jenis tindakan terapeutik. Tindakan teraputik yang serupa kadang-kadang dimiliki oleh pelbagai jenis sebatian kimia.


Pengamal-pengamal herba percaya bahawa kerjasama keseluruhan sebatian kimia dalam herba menghasilkan kesan lebih seimbang kepada tubuh manusia berbanding dengan hanya mengunakan hanya sejenis sebatian kimia seperti yang didapati pada ubatan moden.

Jika aktiviti sesuatu sebatian kimia tumbuhan tersangat giat atau berkuasa, sebatian-sebatian kimia lain dalam tumbuhan tersebut atau dari tumbuhan lain jika ramuan dicampur lebih dari sejenis akan menghadkan kegiatannya. Jika bahan kimia sesuatu herba kurang aktif, bahan kimia lain akan membantu mengaktifkan aktivitinya.

Berjinak-jinak dengan Herba


Herba kaya dengan pelbagai jenis nutrien seperti bioflavonoids, carotenoids, fitosterols, glycosides karbohidrat selain pelbagai jenis vitamin dan galian. Air, tanah, iklim, cahaya matahari serta persekitaran adalah antara elemen utama yang mempengaruhi kandungan bahan-bahan tersebut. Setiap jenis herba menghasilkan fitokimia yang berbeza – menghasilkan tindakan-tindakan terapeutik yang berbeza.
Terdapat pelbagai jenis herba dan produk herba di sekeliling kita termasuk di dalam belukar, semak, paya, keliling dan halaman rumah selain di dapur. Rencah-rencah yang digunakan dalam masakan adalah kategori herba antara lain seperti bawang dan bawang putih, pelbagai jenis jintan, minyak sayuran, kunyit dan halia, pelbagai jenis herba rempah, pelbagai jenis daun seperti selasih, ruku-ruku, dan serai.


Pisang muda, pelbagai jenis ulaman juga tergolong dalam kategori herba selain beras, beras perang, keledek, kentang, karot, lobak putih, dan kailan. Ramai orang masih tidak mengetahui sifat-sifat terapeutik bahan-bahan makanan yang disebutkan tetapi pada hakikatnya ia boleh digunakan untuk tujuan pemuliharaan dan merawat keadaan kesihatan.

Kesimpulannya, herba bukanlah terhad kepada herba-herba Singseh, yang dikapsulkan atau dalam bentuk cecair yang dijual di kedai-kedai farmasi atau jualan langsung tetapi herba terdapat hampir di mana-mana pun anda berada.


Kebaikan dan Fungsi-fungsi Herba


Penggunaan herba membantu tubuh menjalankan fungsi fisiologi samada untuk tujuan pemuliharaan atau rawatan kesihatan. Tubuh kita terdiri dari pelbagai jenis organ sistem yang terdiri dari pelbagai jenis bahan kimia yang membentuk sel-sel, enzim-enzim, pelbagai jenis neurotransmitter serta hormon-hormon.

Nutrien yang kita ambil dari makanan yang kita makan membantu memulihara organ sistem tubuh.
Walau bagaimana pun pada keadaan atau masa tertentu, berpunca dari pelbagai faktor sesetengah organ sistem tubuh tidak berupaya menjalankan fungsi dengan sempurna. Selain gaya hidup yang melibatkan pemakanan, senaman, pegurusan stress, penggunaan herba adalah salah satu cara untuk memulihkan ketidakseimbangan biokimia.


Secara tradisional, herba boleh digunakan untuk meredakan antara lain stres, membantu meredakan tekanan darah tinggi, meredakan sakit perut, meredakan insomnia, meredakan sembelit, meredakan jangkitan kuman, dan meredakan darah pekat. Ia juga boleh membantu meredakan arthritis, pelbagai jenis penyakit keradangan seperti arthritis, migraine, tonsillitis, asthma dan lain-lain.

Dengan amalan gaya hidup yang sihat serta penggunaan herba-herba tertentu dengan sifat-sifat anti-penuaan secara berterusan boleh membantu seseorang mengalami awet muda dengan membantu organ sistem berfungsi dengan lancar, kulit yang cantik dan tegang serta kurang kemungkinan menghidapi penyakit termasuk penyakit-penyakit degeneratif.


Saranan saya ialah berjinak-jinaklah dengan herba kerana ia tidak atau sangat kurang memberi kesan sampingan jika digunakan dengan betul. Jadikan penggunaan herba sebagai sebahagian dari rutin hidup. Marilah kita contohi orang dulu-dulu yang hidup walau pun serba-serbi sederhana dari segi kemudahan tetapi mereka sentiasa sihat dengan senitasa menggunakan herba dalam kehidupan mereka.

Herbalis Bahrain, RH (AHG)

http://anjungherba.com/www.sembangherba.blogspot.com