HALAL
Halal bermaksud 'dibenarkan' atau 'tidak dilarang' pengambilannya dalam Islam. Menurut Al-Quran semua makanan yang baik dan bersih adalah halal. Sehubungan dengan itu, hampir semua makanan dari laut, tumbuhan dan binatang dianggap halal kecuali mana-mana yang telah diharamkan pengambilannya.
HARAM
Haram bermaksud 'tidak dibenarkan' atau 'dilarang' pengambilannya dalam Islam. Antaranya makanan yang diharamkan seperti yang disebutkan dalam Al-Qur'an :
• Bangkai,
• Darah,
• Babi,
• Minuman yang memabukkan termasuk minuman beralkohol
• Binatang pemaging, burung pemangsa dan binatang di darat tanpa bertelinga diluar
• Sebarang produk yang dicemari sumber yang haram
MASBUH
Masbuh bermaksud 'disyaki', 'menimbulkan keraguan' atau 'boleh dipersoalkan'. Jika sumber sesuatu makanan tertentu diragui asal-usulnya atau terdapat ketidakpastian mengenai kebenaran atau larangannya menurut Islam, maka produk itu dianggap masbuh.
MAKRUH
Makruh bermaksud 'dibenci' dan 'tidak digalakkan'. Produk yang menjejaskan jiwa atau yang memudaratkan terletak di bawah kategori ini.
MUBAH
Mubah atau harus bermaksud ‘tidak dilarang mahupun digalakkan’. Walaubagaimanapun berhati-hati, kerana beberapa keadaan boleh mengubah kedudukan mubah menjadi haram sekiranya ternyata ia memudaratkan kesihatan.
KONSEP HALALAN THOIYYIBAN
Halalan Thoyyiban bermaksud ‘halal lagi baik’. Ini bererti makanan halal itu mestilah baik untuk dimakan, tidak memudaratkan serta diperolehi daripada sumber yang asli. Makanan yang suci dan bersih membantu menyihatkan tubuh badan seterusnya membolehkan seorang Muslim meningkatkan ibadahnya dan melaksanakannya dengan lebih sempurna
Perkataan Halalan Thoyyiban disebut beberapa kali dalam Al-Qur'an :
Maka makanlah dari apa yang kamu telah dapat (dalam peperangan) itu, sebagai benda yang halal lagi baik, serta bertaqwalah kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[ Al-Anfaal : 69 ]
Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.
[ Al Maaidah : 88 ]
Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.
[ Al-Nahl : 114 ]
No comments:
Post a Comment